Sunday, 27 May 2018

Medan

BOOM !

Ini langit atau apa?
Langit sudah merah semerah darah yang memercik ditanah waktu ini.
Dimana matahari? 

Suasa gelap tidak secerah dulu
Dah macam hujan. 

Mungkin hujan, tapi bukan hujan yang biasa. 
Hujan ini berbisa. Sekali kau kena punah segala.
Ya bedil. 
Sana sini kena bedil.

 BOOM !

Semua berlari lari menyelamatkan diri.
Aku dah macam pelarian.
lari sana sini dekat dalam negara sendiri.
Beribu orang yang ada hanya tinggal dongeng. 
Sekarang ini kami minoriti. 
Sangat sedikit.

Menyelamatkan diri itu yang hanya kami mampu.
Mencari perlindungan.
Di Laut sudah dikepung, di darat sudah hancur

Ya,
Dalam tanah.
Satu satunya pilihan terakhir.
Gigih aku dan keluarga buat perlindungan, tapi akhirnya ibu bapa ku tewas juga. 
Mereka dibunuh tanpa ada sedikit pun rasa belas kasihan.
Aku? apa yang aku buat? aku mampu terduduk kaku, melihat mereka ditembak berdas das , badan mereka ditembak bagaikan patung yang tak pernah bernyawa.
Aku sakit, aku menangis. Aku menjerit kepiluan. tapi apa yang aku mampu lakukan?

Lari , lari , dan lari. 
Sampai bila aku mahu berlari ?
Adakah aku hanya berlari sehingga akhir hayatku tanpa melakukan apa apa ?

"Abang, sampai bila kita nak hidup macamni?"

Aku kaku, adik jika kau tahu aku punya pilihan atau punya cara, maka tidaklah aku disini berdiam diri tanpa melakukan apa apa.
Tidaklah aku berdiam diri sahaja.
Aku perlu kuat. 
Aku perlu cari jalan !
____________________________________________________________

"Adik ! Adik ! Mai sini duk atas abang, kita pergi seberang . Kat sana lebih selamat, dan mungkin ada perlindungan untuk kita, dah tak payah hidup macamni lagi."

Aku tipu. Aku tipu. Ya, aku tipu, dimana entah ada tempat yang selamat?  aku mahu pergi keseberang hanya untuk pastikan aku boleh cari cara untuk berlindung di kem tentera. Boleh aku berjuang sama sama mereka, tidaklah aku hanya berdiam.

Penat, aku gendong adikku sepanjang perjalanan . Aku tak nak adik aku lari sendirian, aku tahu anak kecil mana boleh lari sepantas aku? Lari, lari, dan lari.

Satu das tembakan hampir denganku. Aku kaku.
Terkedu. Terdiam. 

Aku lihat apa yang berada dihadapan. 
Kelam, kabur. Apa yang aku dapat lihat cuma figure seseorang kearahku bersama senapangnya.

" KEMANA ?" jerkahnya.

"Kenapa nak tahu?" jawabku terketar ketar.

"Kau atau dia? " dia menunjukkan senapangnya kearahku dan adikku. Aku faham maksudnya. Tapi kalau aku pilih aku, adik ku mungkin terkontang kanting. Tapi jika sebaliknya aku juga yang sakit. Aku sayang kan dia. Apa aku perlu buat?

"LAMBAT !" katanya , dia mengangkat senapangnya tinggi, aku katup rapat mata ku. 
______________________________________-

Gelap. 
Sunyi.
Tenang. 

Inikah rasa kematian ? 

Aku dah mati ke? 

Sejuk. 

"Abang bangun, tidur apa lagi, dah subuh ni !"

Suara tu, suara tu???????

MAK !

Alhamdulillah aku hanya bermimpi bukan?

"Mak ? "

"Ya?"

"Mak hidup lagi kan ? "

"Apa kau merepek ni ? "

"Mak tadi orang mimpi...


BOOM!


Bukan. Itu bukan mimpi. Itu dejavu. 




No comments:

Post a Comment